DAPAT FREE RM5 BILA BUKA AKAUN
Scandal Fashion Valet
FashionValet menggegarkan Malaysia dengan skandal kerugian puluhan juta ringgit duit pelaburan Khazanah dan PNB
11/29/20242 min read
FashionValet menggegarkan Malaysia dengan skandal kerugian puluhan juta ringgit duit pelaburan Khazanah dan PNB.Tapi ini bukan satu-satunya skandal syarikat startup yang diasaskan oleh wanita yang menjadi perhatian. Dalam dunia startup antarabangsa, terutamanya di Silicon Valley, AS, ada beberapa kes profil tinggi membabitkan pengasas wanita.Theranos yang dibangunkan oleh Elizabeth Holmes dan WithFrank oleh Charlie Javice juga pernah menggegarkan dunia korporat global kerana kegagalan syarikat mereka. Malahan lebih teruk, Holmes dan Javice merupakan penipu yang melakukan kesalahan jenayah dan penipuan membabitkan kerugian berbilion dolar duit pelabur.
Apakah persamaan antara ketiga-tiga syarikat ini?
Apakah yang menyebabkan syarikat mereka gagal?
Siapakah pelabur mereka dan berapa banyak kerugian yang dialami?
Apa yang telah berlaku kepada mereka sekarang?
Latar Belakang:
• FashionValet: Ditubuhkan pada 2010 oleh Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar. Platform e-dagang fesyen Malaysia yang pernah dianggap sebagai bintang dalam industri startup tempatan.• Theranos: Diasaskan oleh Elizabeth Holmes pada 2003. Mendakwa boleh merevolusikan industri ujian darah dengan teknologi yang membolehkan pelbagai jenis ujian dilakukan hanya dengan setitik darah menggunakan satu peranti sahaja.• WithFrank: Ditubuhkan oleh Charlie Javice pada 2016. Bertujuan untuk memudahkan proses permohonan bantuan kewangan pelajar di Amerika Syarikat.Persamaan:
Dipimpin oleh pengasas karismatik yang menarik perhatian media dan pelabur.
Berjanji membawa revolusi dalam industri masing-masing.
Berjaya menarik pelaburan besar dari pelabur ternama.
Sebab Gagal:
• FashionValet: Pelan perkembangan syarikat yang terlalu agresif dan kesan COVID-19.
• Theranos: Penipuan - alat ujian darah tidak berfungsi seperti didakwa.
• WithFrank: Penipuan data pelanggan dan perakaunan.Kerugian:
• FashionValet: Khazanah dan PNB rugi hampir RM44 juta.
• Theranos: Rupert Murdoch rugi $125 juta, keluarga Walton rugi $150 juta.
• WithFrank: JP Morgan rugi $175 juta.Nasib Pengasas:
• FashionValet: Vivy dan Fadzaruddin letak jawatan dan mohon maaf. SPRM sedang menyiasat.
• Theranos: Elizabeth Holmes dihukum penjara 11 tahun.
• WithFrank: Charlie Javice menghadapi tuduhan penipuan bank dan sekuriti.
Akhir kata, pada pandangan saya, Khazanah dan PNB mungkin terlalu agresif dalam strategi pelaburan mereka. Ada juga beberapa kesilapan fundamental yang dilakukan oleh Khazanah.Kawan-kawan nak tahu tak apa yang silap dengan Khazanah dalam pelaburan FV ini? Kalau ramai komen nak tahu, InsyaAllah saya akan buat video terperinci tentang ini.
Nak tahu lebih lanjut?
Tonton video penuh di sini:https://youtu.be/mhn79xqTssQ
Channel Jutawan Saham:
https://whatsapp.com/channel/0029Va3rtZd4o7qPERJsgR3D
#fashionvalet #vivyyusof#khazanah #rugi #KegagalanStartup #PengajaranPelaburan #SkandalTeknologi #FashionValet #Theranos #WithFrank #PengajaranPerniagaan #DuniaStartup #TipsPelabur