DAPAT FREE RM5 BILA BUKA AKAUN
🙌Panduan Lengkap Saham Patuh Syariah: Cara Melabur dengan Etika Islam
Ketahui cara melabur dalam saham patuh Syariah dengan panduan lengkap ini. Pelajari kriteria pematuhan, cara mencari saham patuh Syariah, dan konsep penyucian dividen. Sesuai untuk pelabur Muslim yang ingin melabur secara etika
7/21/20243 min read
Pelajari kriteria pematuhan, cara mencari saham patuh Syariah, dan konsep penyucian dividen. Sesuai untuk pelabur Muslim yang ingin melabur secara etika
Bang saham global patuh shariah ke? Tak berdosa ke? Tak haram ke saham global ni?
Tadi antara soalan-soalan yang sering saya terima apabila membincangkan tentang saham global. Sebagai umat Islam, semestinya kita mahu pelaburan kita selaras dengan ajaran agama. Tapi adakah semua saham global ini haram dan tidak patuh Syariah?
Sebelum membuat keputusan terburu-buru, mari kita fahami topik ini dengan lebih mendalam. Sedikit disclaimer, saya bukan pakar kewangan Islam, tetapi akan berkongsi pandangan saya setelah membuat sedikit bacaan tentang topik ini.
Taknak baca? Tengok video (lebih banyak grafik)
Pertama sekali, apakah kepatuhan Syariah? Ringkasnya, ia adalah syarikat yang menjalankan perniagaan mengikut undang-undang Islam. Syarikat tersebut perlu disaring oleh pakar kewangan/ulama Islam sebelum penarafan Syariah dikeluarkan.
Pada asasnya, ada dua saringan utama yang digunakan:
Saringan aktiviti perniagaan:
Syarikat tidak boleh terlibat dalam aktiviti yang dilarang seperti perbankan dan insurans konvensional, alkohol, tembakau, perjudian, makanan tidak halal, dan hiburan yang dianggap tidak Islamik.
Sekiranya sumber pendapatan yang dikaitkan dengan aktiviti yang dilarang berada di bawah 5% dari pendapatan syarikat, terdapat toleransi dan ia masih boleh dianggap patuh Syariah. Jika melebihi 5%, ia akan diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.
Untuk industri pialang saham, tahap toleransi ditetapkan sehingga 20% dari pendapatan syarikat.
Saringan nisbah kewangan:
Nisbah tunai berbanding aset dan nisbah hutang berbanding aset perlu dianalisis secara terperinci.
Jika syarikat mempunyai nisbah tunai melebihi 33% berbanding aset, dan nisbah hutang melebihi 33% berbanding aset, berkemungkinan besar syarikat ini menjana sebahagian pendapatan melalui faedah atau membayar banyak faedah atas pinjaman.
Angka 33% ini digunakan berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang berpesan kepada Sa'd ibn Abi Waqqas agar tidak memberi harta melebihi satu pertiga walaupun untuk tujuan kebajikan kerana itu adalah berlebihan.
Sekiranya sesuatu syarikat melepasi kedua-dua peringkat saringan ini, maka ia akan diklasifikasikan sebagai patuh Syariah oleh badan penarafan.
INFO:
SAYA BAGI ANDA MODAL PERMULAAN BUKA AKAUN SAHAM GLOBAL!
Saya nak bantu 1000 orang buka akaun saham global dengan syarikat broker yang berlesen oleh SC Malaysia.
Info: https://tally.so/r/wkZrzJ
Jadi, bagaimana kita boleh mengenal pasti saham yang patuh Syariah, terutamanya saham global?
Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti menerbitkan senarai rasmi sekuriti patuh Syariah dua kali setahun, pada Mei dan November. Anda boleh mengakses senarai ini dengan mudah di laman web mereka.
Untuk saham global, terutamanya di AS, sebelum ini agak sukar untuk mendapatkan maklumat ini. Namun, muktakhir ini terdapat banyak aplikasi berbayar yang kita boleh gunakan untuk melihat status Syariah sesuatu syarikat.
Berita baik, sekarang kita boleh melihat status patuh Syariah dengan percuma menggunakan platform saham global Webull. Webull Malaysia telah bekerjasama dengan Elzar Shariah Solutions & Advisory dan Dr. Zaharuddin A. Rahman untuk membuat semakan berdasarkan saringan yang telah dibincangkan tadi. Sebagai contoh, saham Tesla diklasifikasikan sebagai patuh Syariah.
Seperkara lagi, konsep penyucian dividen. Jika kita melabur dalam syarikat yang melepasi saringan patuh Syariah, pendapatan dari dividen perlu disucikan. Sebagai contoh, jika syarikat mempunyai 4% pendapatan dari sumber yang tidak patuh Syariah, 4% dari dividen tersebut perlu disumbangkan kepada badan-badan amal. Namun, keuntungan dari capital appreciation tidak perlu disucikan.
Akhir kata, saya telah dilantik sebagai Marketing Representative oleh Webull Malaysia. Sebagai promosi, saya menawarkan modal permulaan untuk membuka akaun di Webull dan ebook "Jerong" secara percuma. Tawaran ini terhad hanya untuk 1000 orang pertama. Untuk info lanjut, sila rujuk keterangan di bawah video ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa LIKE dan saya sangat menghargai sokongan kawan-kawan, terutamanya yang sentiasa meninggalkan komen. Akhir sekali, jangan lupa join saluran WhatsApp Jutawan Saham. Link ada di deskripsi atau bio TikTok.
Join group Jutawan Saham:
https://whatsapp.com/channel/0029Va3rtZd4o7qPERJsgR3D
Transcript dari video asal:
😣 DOSA! Saham Global HARAM tak patuh shariah!
#SahamPatuhSyariah #PelaburanIslam #InvestingEthically #KewanganIslam #PenyucianDividen #sahamglobal #shariah #wahedinvest #bursamalaysia #trader #forex #bitcoin #saham #duit #ai #artificialintelligence #tesla #gold #emas #ekonomi #politik #finance #malaysia #investing #indonesia #brunei #singapore #madani #sejarah #recession #China #nasdaq #wallstreet #anwaribrahim #tiktok #beritatiktok