DAPAT FREE RM5 BILA BUKA AKAUN
MELABUR ATAU MULAKAN BISNIS SENDIRI?
Pelaburan dalam pelbagai jenis kelas aset boleh memberikan pulangan yang berbeza-beza dalam jangka masa yang berbeza. Berikut adalah beberapa contoh pulangan pelaburan dalam beberapa jenis kelas aset dalam 10 tahun yang lepas
Shukri Mahadi
9/21/20232 min read
Dulu sebelum saya mula melabur secara serius dalam pasaran saham, saya pon tak tahu apa beza instrumen pelaburan yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan pulangan yang selamat dan tidak memberi risiko kehilangan modal.
Kini selepas mempunyai portfolio saham global 7 angka, saya faham jenis2 pelaburan yang boleh kita manfaatkan untuk mencapai financial freedom terutamanya untuk matlamat persaraan.
Teruskan membaca!
Pelaburan dalam pelbagai jenis kelas aset boleh memberikan pulangan yang berbeza-beza dalam jangka masa yang berbeza. Berikut adalah beberapa contoh pulangan pelaburan dalam beberapa jenis kelas aset dalam 10 tahun yang lepas:
1. Ekuiti/saham : (Risiko Sederhana)
Saham atau ekuiti merujuk kepada sekuriti yang mewakili kepemilikan sebahagian dalam syarikat yang menerbitkannya
Single stock: Pelabur yang melabur dalam syarikat seperti Facebook atau Amazon lima tahun lalu telah menggandakan pulangan mereka (Risiko Tinggi)
Index fund: Berdasarkan kajian, pulangan pelaburan dalam saham di Malaysia dalam tempoh 10 tahun adalah sekitar 6.5%/setahun dan untuk index fund S&P disekitar 9.5%.
2. Pendapatan Tetap/bon : (Risiko Rendah)
Bon adalah instrumen hutang yang dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat untuk mengumpul wang daripada pelabur.
Pulangan dalam 10 tahun: Berdasarkan kajian, pulangan pelaburan dalam bon di Malaysia dalam tempoh 10 tahun adalah sekitar 4.5%/setahun
3. Tunai dan setara tunai : (Risiko Sangat Rendah)
Cash and cash equivalents adalah jenis pelaburan yang sangat cair dan mudah ditukarkan kepada wang tunai.
Contoh: Akaun Simpanan/Sijil Deposit
Pulangan pelaburan dalam tunai dan setara tunai di Malaysia dalam tempoh 10 tahun adalah sekitar 3.5%/setahun
4. Hartanah : (Risiko Sederhana)
Pelaburan dalam hartanah merujuk kepada pelaburan dalam harta tanah, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Contoh: Rumah/Komersial/REITS
Pulangan pelaburan dalam hartanah di Malaysia dalam tempoh 10 tahun adalah sekitar 7.5%/setahun
Selain peningkatan nilai, hartanah boleh menghasilkan aliran tunai melalui sewa.
5. Komoditi : (Risiko Tinggi)
Pelaburan dalam komoditi merujuk kepada pelaburan dalam aset fizikal seperti logam, minyak, dan produk pertanian
Contoh: Komoditi fizikal (emas/perak)/ETF Komoditi/Saham Syarikat Komoditi.
Pulangan pelaburan dalam komoditi di Malaysia dalam tempoh 10 tahun adalah sekitar 2.5%(Komoditi fizikal). Kontrak hadapan komoditi memberi lebih pulangan walaubagaimanapun mempunyai risiko yang lebih tinggi.
6. Memulakan Perniagaan : (Risiko Tinggi)
Ramai yang mempunyai impian untuk memulakan perniagaan sendiri atau melabur dalam perniagaan saudara/kawan-kawan.
Walaubagaimanapun, mengikut statistik:
20% perniagaan gagal dalam tahun pertama.
50% perniagaan gagal menjelang tahun ke lima.
30% perniagaan yang kekal bertahan sehinggah tahun ke sepuluh.
Sekiranya anda berminat untuk melabur dalam mana-mana jenis kelas aset, pastikan anda mempertimbangkan matang matlamat pelaburan, toleransi risiko, dan jangka masa sebelum melabur. Dengan memahami risiko dan kelebihan setiap jenis kelas aset, anda dapat membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak dan berpotensi memberikan pulangan yang lebih baik dalam jangka masa yang panjang
Download ebook percuma:
https://linkr.bio/shukrimahadi
#Investing #StockMarket #WealthManagement #FinancialPlanning #PersonalFinance #RetirementPlanning #AssetAllocation #Diversification #PassiveIncome #DividendInvesting #ValueInvesting #GrowthInvesting #RealEstateInvesting #Cryptocurrency #AlternativeInvestments #saham #bursa