DAPAT FREE RM5 BILA BUKA AKAUN
🚀Bitcoin ETF: Panduan Lengkap Melabur dalam Bitcoin Secara Selamat Dgn Hanya $5
Cara baru dan menarik untuk melabur dalam Bitcoin. Korang pernah dengar pasal ETF Bitcoin tak? Kalau belum, jangan risau. Kita akan bincang sama-sama dalam artikel ni.
Shukri Saham Global
8/25/20242 min read
Panduan Lengkap Melabur dalam ETF BITCOIN:
Strategi Pelaburan Bitcoin Jangkapanjang
Hari ini saya nak kongsi dengan korang satu cara baru dan menarik untuk melabur dalam Bitcoin. Korang pernah dengar pasal ETF Bitcoin tak? Kalau belum, jangan risau. Kita akan bincang sama-sama dalam artikel ni.
PROMOSI BUKA AKAUN WEBULL. Klik sini.
Apa itu ETF Bitcoin?
ETF Bitcoin ni macam dana yang diurus oleh syarikat pelaburan. Sykt pelaburan ni yang beli dan simpan untuk kita. Contoh sykt pelaburan ni ialah Fidelity, Wisdom Tree, Vanguard, Blackrock.
ETF Bitcoin Spot: Yang ni pegang Bitcoin betul-betul. (kita akan gunakan ETF spot bitcoin ini)
ETF Bitcoin Futures: Yang ni main dengan kontrak futures Bitcoin.
Kenapa orang suka ETF Bitcoin? Senang je. Dia bagi kita peluang melabur dalam Bitcoin tanpa perlu risau pasal simpan Bitcoin tu sendiri.
Kelebihan dan Kekurangan Melabur dalam ETF Bitcoin
Baik:
Senang nak beli dan jual melalui akaun broker biasa.
Spread jual beli sangat rendah.
Tak payah risau pasal simpan Bitcoin.
Tiada risiko kecurian/hacking/hilang.
Ada pengawasan dari pihak berkuasa
Boleh beli serendah $5 USD sahaja..
Buruk:
Terdapat sedikit yuran pengurusan tahunan (antara 0.15% atau 0.25%). Yuran ini ialah kos simpanan/pengurusan Bitcoin.
Tak dapat pegang Bitcoin sendiri.
Mungkin ada sikit beza dengan harga Bitcoin sebenar, terutama untuk ETF futures.
Langkah-langkah Melabur dalam ETF Bitcoin
Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk memulakan pelaburan anda dalam ETF Bitcoin:
Pilih Platform Dagangan Terbaik
Cari platform yang menawarkan akses ke ETF antarabangsa
Pastikan platform dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Bandingkan yuran dan caj antara platform
Saya rekemen gunakan WEBULL. Daftar disini dengan RM1 sahaja. Daftar.
Buka Akaun Dagangan
Sediakan dokumen pengenalan diri
Lengkapkan proses pembukaan akaun dalam talian
Buat deposit permulaan (jika diperlukan)
Lakukan Penyelidikan Mendalam
Kaji prestasi pasaran Bitcoin
Fahami risiko dan volaitily pasaran.
Analisis trend pasaran bitcoin dan cryptocurrency.
Tentukan Strategi Pelaburan
Tetapkan matlamat pelaburan jangka pendek dan panjang
Tentukan jumlah yang anda sanggup laburkan
Sekiranya boleh buat pembelian berkala secara bulanan tanpa melihat kepada turun naik pasaran.
Pertimbangkan strategi seperti pelaburan berkala (dollar-cost averaging)
Buat Pesanan Beli
Gunakan platform anda untuk membuat pesanan ETF Bitcoin sbg contoh IBIT/HODL/GBTC/ARKB.
Pastikan anda memahami yuran transaksi
Pantau dan Uruskan Portfolio
Semak prestasi secara berkala
Pertimbangkan untuk mengimbangi semula portfolio anda setiap tahun
Ikuti berita dan perkembangan pasaran Bitcoin/Cryptocurrency
Kesimpulan
ETF Bitcoin ni cara mudah untuk melabur dalam Bitcoin tanpa perlu risau pasal simpan dan urus Bitcoin sendiri. Tapi ingat, semua pelaburan ada risiko. Jadi, kaji betul-betul sebelum buat keputusan.
Macam biasa, buat kajian sendiri dan kalau boleh, tanya nasihat penasihat kewangan sebelum melabur. Pasaran crypto ni memang menarik dan ada potensi, tapi kena faham turun naik pasaran.
Frequently asked questions
Berapakah modal minimum untuk mula melabur dalam ETF Bitcoin (IBIT)?
Pertama modal untuk membuka akaun Webull ialah RM1 sahaja.
Untuk mula melabur dalam IBIT, anda boleh beli minima USD$5 sekali beli.
Bagaimana prestasi ETF Bitcoin?
Untuk tahun 2024 (Jan hingga Ogos), ETF Bitcoin telah mencatatkan ROI diantara 20% hingga 22%. Harus diingat prestasi ini bermula dari tarikh ETF itu dilancarkan.
Bagaimana nak beli di Webull?
Pertama buka akan anda dan buat deposit. Klik: Cara buka akaun
Kedua, Cari CODE sama ada IBIT/GBTC/FBTC/ARKB (kesemua adalah Bitcoin ETF)
Ketiga, Masukkan jumlah pembelian (min $USD5)
Bagaimana kalau saya ingin belajar lebih mendalam saham global?
Dapatkan buku JUTAWAN SAHAM. Info klik disini.